Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini

Warga B40 Sabah Dan Sarawak Yang Layak Dan Telah Berdaftar Sudah Boleh Mula Menuntut Dekoder TV Digital Percuma

Diterbitkan November 11, 2019 oleh ariff bukhari

Tuntutan boleh dibuat di pusat pengagihan terpilih sebelum 30 November ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan warga B40 yang layak dan telah berdaftar di Sabah dan Sarawak untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat pengagihan terdekat sebelum 30 November ini.

Terdapat 8 pusat pengagihan dibuka iaitu 4 di Sabah dan 4 lagi di Sarawak yang telah diwujudkan dan sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview kepada golongan B40 tersebut.

Berikut adalah jadual pusat pengagihan set dekoder TV digital myFreeview di Sabah:-

Warga B40 Sabah Dan Sarawak Yang Layak Dan Telah Berdaftar Sudah Boleh Mula Menuntut Dekoder TV Digital Percuma

Berikut pula adalah jadual pusat pengagihan set dekoder TV digital myFreeview di Sarawak:-

Warga B40 Sabah Dan Sarawak Yang Layak Dan Telah Berdaftar Sudah Boleh Mula Menuntut Dekoder TV Digital Percuma

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan. Bagi pengagihan semula dekoder yang gagal dihantar pada kali pertama, caj RM15 akan dikenakan bagi menampung kos penghantaran.

Selain itu, sekiranya anda ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma, sila ikuti langkah-langkah berikut:
I. Melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau
II. Layari: www.mytvbroadcasting.my/B40, atau
III. Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1300-80-6988 atau 1800-18-1088

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988 daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY