Wanita Pengsan Selama 3 Hari, Namun Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan Telefon Huawei Miliknya

Sering kali juga kita mendengar bagaimana teknologi memudahkan kehidupan. Namun bagaimana pula yang lebih hebat seperti menyelamatkan nyawa?

Menurut The Sun, seorang wanita bernama Beth McDermott yang berasal dari Lancaster, England, terhentak kepalanya kerana terjatuh dari tangga rumahnya. Akibat dari itu, beliau terlantar tidak sedar selama 3 hari di atas lantai.

Apabila beliau tersedar dari pengsan, beliau tidak boleh menggerakkan kaki kerana beliau menghidap sindrom rhabdomyolysis, yang menyebabkan ketidakmampuan ototnya untuk bergerak.

Beliau yang tinggal berseorangan di rumah itu kemudiannya menyedari peranti pintar Huawei Y6 miliknya terdampar bersebelahannya. Pada mulanya beliau menyangka bateri perantinya sudah mati disebabkan tempoh pengsan 3 hari yang lama.

Namun mengejutkan baterinya masih lagi banyak pada 50%. Beliau lantas memanggil ambulans dan seterusnya berehat di hospital selama seminggu untuk tempoh pemulihan.

"Saya tidak sangka bateri telefon masih lagi berada pada paras 50%," khabarnya kepada The Sun. "Saya tidak percaya jangka hayatnya begitu lama. Syukur, disebabkan telefon itulah saya masih hidup lagi setakat ini".

Kapsyen: Beth McDermott, 42, di samping Huawei Y6 yang menyelamatkan nyawanya. Imej - The Sun


Tambah menarik adalah, hanya beberapa hari sebelumnya, beliau menukar dari iPhone 6 kepada Huawei Y6. Faktor utama penukaran tersebut adalah disebabkan bateri iPhone tersebut yang sangat teruk. Dalam satu hari beliau terpaksa mengecas sehingga 4 kali untuk memastikan ia kekal boleh digunakan sepanjang hari tersebut.

Sumber: The Sun