Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda

Waktu Operasi Baharu Foodpanda Dan Pandamart – Bermula Dari 8 Pagi Sehingga 12 Malam

Diterbitkan Mei 5, 2020 · Dikemas kini Mei 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Seiring dengan pengumuman terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan Malaysia, kebanyakan syarikat terpaksa mengubah suai waktu waktu operasi agar sejajar dengan peraturan baharu yang ditetapkan.

Foodpanda hari ini mengumumkan waktu operasi baharu untuk kedua-dua perkhidmatan penghantaran makanan dan juga pandamart. Sehubungan dengan itu, foodpanda kini beroperasi seawal bermula 8 pagi sehingga pukul 12 tengah malam. Namun ia adalah berbeza di negeri-negeri dan tempat tertentu.

Untuk jadual penuh waktu operasi foodpanda, anda boleh perhatikannya di bawah ini:

Waktu Operasi Baharu Foodpanda Dan Pandamart – Bermula Dari 8 Pagi Sehingga 12 Malam

 

Perlu diingatkan waktu tutupnya operasi adalah berbeza dengan waktu pesanan terakhir boleh dilakukan. Kebanyakan tempat menetapkan waktu pesanan terakhir pada pukul 8 malam, paling awal 6 petang, dan paling lewat 11 malam.

Jadi, untuk memudahkan keselesaan anda ketika PKPB ini, pesanlah makanan bukan di hujung-hujung waktu pesanan terakhir. Bukan sahaja anda senang menerima makanan pada waktu yang awal, bahkan penghantar juga tidak dalam kelam kabut untuk berbuka puasa.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY