Melengkapi peranti adalah skrin paparan 6.38 inci dari jenis Super AMOLED dengan resolusi 1080 x 2340 piksel yang turut disertakan sensor imbasan cap jari pada paparan. Cip pemprosesan Snapdragon 712 digunapakai yang mana ia akan ditemani RAM 6GB/8GB serta memori simpanan antara 64GB/128GB/256GB.
Bagi tugasan rakaman foto bahagian belakang, sebanyak tiga lensa ditawarkan dengan 48MP (f/1.8) ditugaskan sebagai lensa utama, 8MP (f/2.0) sudut lebar serta 2MP untuk membantu rakaman potret. Disebelah hadapan pula menggunapakai lensa 32MP yang ditempatkan pada takuk kecil skrin paparan.
Peranti ini menyokong pengecasan pantas 22.5W untuk mengisi bateri 4500mAh dan menariknya, ia turut diberikan keupayaan pengecasan berbalik tanpa wayar. Vivo Z5 akan menjalankan sistem Funtouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.
Harga jualan peranti untuk pasaran China adalah seperti berikut:
- 6GB+64GB =1598 yuan (~RM960)
- 6GB+128GB = 1898 yuan (~RM1140)
- 6GB+256GB = 1998 yuan (~RM1200)
- 8GB+128GB =2298 yuan (~RM1380)
Berkaitan
- Vivo Y17 Peranti Tri-Kamera Berharga RM999, Dijual Secara Rasmi Bermula 11 Mei
- vivo V21 Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di Malaysia
- Vivo S5 Diumumkan, Dilengkapi Skrin SuperAMOLED Dan Kuad Kamera
- Tampil Lebih 'Jambu' Dengan Vivo V15 Blossom Pink, Mula Dijual 18 Mei Ini
- vivo Patenkan Rekaan Telefon Dengan Papan Kekunci Yang Boleh Diputar
- Vivo Y69 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
- Jom Lihat Teknologi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Oleh Vivo
- Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799
- Vivo V5 Lancar Di Malaysia Pada Bulan Hadapan
- Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru