Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-11-15 at 5.21.04 PM

Vivo S5 Diumumkan, Dilengkapi Skrin SuperAMOLED Dan Kuad Kamera

Diterbitkan November 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah diperkatakan buat beberapa ketika, Vivo S5 kini telahpun rasmi diumukan Vivo untuk pasaran China. Hadir dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 712, ia bakal digandingkan bersama RAM 8GB serta ruang memori 128GB dan 256GB.

Bahagian hadapan peranti diletakkan dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44 inci yang memberikan nisbah skrin ke badan sehingga 91.38%. Tidak seperti keluaran terdahulu, Vivo S5 mempunyai lubang pada bucu kanan paparan yang menempatkan kamera hadapan 32MP.

6bde85dbgy1g8p8s3muewj24k2943hdt (1)

Tetapan kuad kamera belakang pula terdiri daripada kombinasi kamera utama 48MP, 8MP ultra lebar, 5MP kedalaman serta 2MP makro.

Keempat-empat kamera disusun dalam modul kamera seakan berlian, memberikan kelainan daripada peranti kuad kamera sedia ada.

Vivo S5

Vivo S5 bakal menjalankan sistem operasi FunTouch OS 9.2 dan ia dijana bateri berkapasiti 4100mAh dengan daya saluran berkuasa 22.5W.

gsmarena_002 (3)
Phantom Blue
gsmarena_001 (3)
Icelandic Blue
Vivo S5 Diumumkan, Dilengkapi Skrin SuperAMOLED Dan Kuad Kamera
Star Black

Bakal dijual di pasaran China sekitar 22 November depan, harga jualan yang ditetapkan untuk peranti ini adalah 2698 yuan (~RM1595) bagi variasi 128GB sementara storan 256GB pula dijual pada harga 2998 yuan (~RM1772).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY