Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru

Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru

Diterbitkan Februari 11, 2019 · Dikemas kini Februari 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Vivo, pengeluar telefon pintar dari China yang semakin mendapat tempat di pasaran kini tampil memperagakan logo baru untuk syarikat tersebut.

Berada dikedudukan ke-6 dalam carta pengeluar telefon pintar dunia bagi 2018, logo terbaru itu merupakan hasil dari kerjasama dengan pereka dari Denmark, Bo Linneman.

Screenshot 2019-02-11 at 1.14.32 PM

Menurut Naib Presiden Vivo, perubahan logo itu diharap dapat memberi definisi baru kepada syarikat dalam industri teknologi dan inovasi.

Latarbelakang juga menggunakan warna Vivo Blue, ia lebih gelap sedikit yang dinyatakan lebih sedap dipandang. Selain itu ia diubah supaya menampakkan karakter yang lebih bertenaga serta futuristik.

Ia turut diiringi dengan font VivoType eksklusif dalam bahasa Inggeris dan China.

Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru
logo lama
Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru
Logo baru

Bo Linneman juga merupakan pereka font jenama antarabangsa seperti Microsoft, Coca-Cola, Carslberg dan Ikea.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY