Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-05-28 at 11.41.12 AM

vivo V21 Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan Mei 28, 2021 ยท Dikemas kini Mei 28, 2021 oleh Helmi Samsuri

Lewat April yang lalu, vivo Malaysia telah membawa masuk secara rasmi siri V terbaru iaitu vivo V21 dan V21e. Kini mengemaskini tawaran sedia ada, mereka sekali menampilkan model V21 edisi eksklusif lengkap bersama sokongan 5G.

Baca juga – Ini Adalah Harga Bagi Siri vivo V21 Untuk Pasaran Tempatan

vivo V21 5G sudah boleh dibeli dari Shopee, Lazada, kedai dalam talian vivo serta kedai fizikal seluruh negara sejak 27 Mei. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan model ini, terdapat promosi hadiah percuma yang akan diberi.

Screenshot 2021-05-28 at 11.42.22 AM
Sunset Dazzle

Antaranya adalah Perlindungan tambahan bernilai RM399, Premium Gift Box RM259, dan Ogawa Eye Mask+Spotify Gift Card RM50+Remax Power Bank.

Screenshot 2021-05-28 at 11.42.15 AM
Dusk Blue

Imbas kembali kepada spesifikasi, ia masih sama seperti dengan model sebelumnya. Ini termasuklah skrin 6.44 inci AMOLED, kadar segar semula 90Hz, MediaTek Dimensity 800U, RAM 8GB dan teknologi RAM tambahan 3GB, storan 256GB, bateri 4000mAh serta sokongan pengecasan pantas 33W.

Baca juga – Cantik Juga Android 12 Ni

Rakaman kamera belakang pula disediakan dengan lensa 64MP, 8MP ultra lebar serta 2MP super makro. Sementara itu bahagian hadapan pula ditugaskan kepada lensa 44MP.

vivo V21 5G ditawarkan dengan dua pilihan warna Sunset Dazzle serta Dusk Blue dan dijual pada tanda harga RM1899.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY