Dan baru-baru ini, vivo Malaysia pula telah mengesahkan bahawa peranti tersebut akan mula dijual di negara ini pada 5 Januari.
Peranti ini akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P22, memori 3GB RAM, simpanan dalaman 64GB beserta dengan sokongan memori kad sehingga 256GB.
Selain itu, ia juga menggunakan paparan skrin 6.22-inci Halo FullView Display dengan rekaan takuk kecil.
Dari segi kamera pula, vivo Y91 ini mempunyai tetapan kamera dwi-lensa utama 13MP+2MP serta 8MP bagi kamera swafoto.
Ia juga akan dilengkapi dengan sistem imbasan wajah dan cap jari bagi tujuan menyahkunci peranti.
Telefon pintar ini turut akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,030mAh yang didakwa mampu bertahan lebih lama.
Model vivo Y91 akan ditawarkan pada harga jualan rasmi RM799 dan boleh didapatkan di gedung atas talian rasmi vivo Store, Lazada, Shopee, 11street dan Lmall kelak.
Sumber: vivo Malaysia
Berkaitan
- Vivo V15 Pro : Peranti Tanpa Bezel dengan Kamera Selfie Pop-up
- Video VIVO NEX 3 Dari Mrwhosetheboss, Memperlihatkan Rupa Sebenar Rekaan Skrin 'Waterfall'
- Xiaomi Redmi Note 5 Mungkin Akan Mula Dijual di Malaysia Pada 24 April
- Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini
- Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi
- Vivo Y17 Bateri Bersaiz Besar 5,000 mAh Secara Rasmi Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 799
- Senheng Beri 1 Tahun Jaminan Tambahan Untuk Pembelian Vivo V17 Pro
- Honor Rasmikan Portal E-Dagang Di Malaysia, Hadir Dengan Promosi '7uly Madness Offers'
- Vivo V17 Pro Bakal Beri Pengalaman Permainan Terbaik Di PMCO 2019
- Nokia 'Pisang' Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia