Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Y30

vivo Y30 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

Diterbitkan Mei 9, 2020 · Dikemas kini Mei 9, 2020 oleh Helmi Samsuri

Tidak seperti pengeluar-pengeluar yang lain, vivo Malaysia nampaknya mengambil pendekatan untuk mengumumkan peranti terbaru untuk pasaran tempatan secara senyap-senyap.

Bermula semalam, vivo Y30, sudah boleh dimiliki oleh anda semua pada nilai harga RM899. Ditawarkan pada beberapa kedai konsep vivo terpilihi, pengedar sah jenama vivo Malaysia, vivo Y30 turut sama disenaraikan pada platform dalam talian seperti vivo Store, Shopee dan Lazada.

IMG 1 (1)

Mengenai spesifikasi peranti, ia didatangkan dengan skrin 6.47 inci dipanggil sebagai Ultra O Screen yang menempatkan kamera 8MP. Selain itu, vivo Y30 akan dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh melalui port pengecasan USB-C.

Panel belakang menyediakan kuad kamera terdiri daripada kamera 13MP, 8MP super ultra lebar, 2MP super makro dan 2MP bokeh. Turut memuatkan cip Helio P35, RAM sebesar 4GB dengan storan 128GB, peranti ini juga akan mengoperasikan sistem Funtouch OS 10 berasaskan Android 10.

Anda mempunyai dua pilihan warna iaitu Dazzle Blue dan Moonstone White.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY