Model kelas atasan iaitu siri vivo X bakal dilancarkan di China pada minggu hadapan. Dikenali sebagai vivo X50, pengeluar menyatakan ia merupakan peranti pertama yang hadir dengan ciri penstabilan kamera seakan gimbal.
Berdasarkan video yang pertama kali dimuat naik pada laman Weibo, vivo X50 tampil dengan kuad kamera dan salah satunya adalah kamera periskop. Lensa kamera akan bergerak mengikut modul hasil dari penyertaan gimbal robotik.
Fungsi penstabilan ini lebih awal dilihat pada prototaip vivo APEX 2020 yang diperlihatkan pada lewat Februari yang lalu. Melalui ciri penstabilan tersebut, vivo mengatakan ia 200% lebih efektif berbanding ciri OIS.
Buat masa sekarang vivo masih belum mendedahkan maklumat terperinci mengenai vivo X50. Ia juga di khabarkan bakal dibawa ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Beli vivo v19 Lazada (https://invol.co/clof21) atau Shopee (https://invol.co/clof23)