Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari

vivo Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari

Diterbitkan September 23, 2020 oleh Amalina Athman

vivo hari ini secara rasmi telah memperkenalkan jam pintar pertama, vivo Watch. Hadir dengan model 42mm dan 46mm, ia didatangkan dengan sokongan pemantauan tahap oksigen dalam darah dan kadar denyutan jantung.

vivo Watch
vivo Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari
vivo Watch
vivo Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari

Bagi versi 42mm, ia dimuatkan paparan skrin AMOLED  bersaiz 1.19 inci dengan resolusi 390×390. Sementara, model 46mm dilengkapi panel 1.39 inci dengan resolusi 454×454.

vivo Watch

Kedua-dua kerangka jam pintar ini diperbuat daripada keluli tahan karat dengan bezel seramik dimana model 42mm hadir dengan warna Secret Summer dan Mocha Brown. Manakala model 42mm mempunyai binaan kerangka dari warna Shadow Black dan Front Silver.

Sebagai tambahan, vivo Watch juga mempunyai ketahanan air 5ATM dan dijana cip ST bersama pemproses Apollo serta memori RAM 2GB.

vivo Watch

Dari segi ketahanan bateri, model 42mm mampu bertahan sehingga 9 hari penggunaan serta sehingga 18 hari penggunaan bagi model 46mm.

Jam pintar ini turut hadir dengan sokongan pengecasan magnetik, Bluetooth 5.0 yang boleh dipadankan dengan peranti Android dan iOS.

vivo Watch Diperkenalkan – Dilengkapi Pemantauan Oksigen Dalam Darah Dan Ketahanan Bateri 18 Hari

Kedua-dua model vivo Watch diletakkan pada harga 1,299 yuan (~RM793). Buat masa ini, vivo Watch hanya tersedia untuk pasaran China dan tidak diumumkan bila ia akan tersedia untuk pasaran global.

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY