Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo V40 Lite

vivo V40 Lite Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM1,299

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini, vivo telah melancarkan siri V40 dan V40 PRO, kali ini vivo sekali lagi melancarkan siri ini dalam versi V40 Lite yang dikatakan boleh digunakan sehingga 4 tahun tanpa sebarang masalah.

vivo V40 Lite Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM1,299
vivo V40 Lite Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM1,299
vivo V40 Lite Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM1,299

Telefon ini hadir dengan paparan AMOLED bersaiz 6.67 inci beresolusi 2400 x 1080, menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz serta puncak kecerahan 1200 nits. vivo V40 Lite menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan bersama 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. V40 Lite hadir dengan kapasiti bateri 5,000mAh  yang menyokong pengecasan pantas 80W. Menarik lagi, vivo mengatakan yang kesihatan baterinya boleh bertahan selama 4 tahun.

Dari sudut fotografi, vivo V40 Lite menawarkan kamera hadapan 32 MP dan kamera belakang 50MP utama dan 8MP ultra lebar. Melengkapkan peranti adalah ciri AI Aura Light dan juga penarafan IP64.

WhatsApp Image 2024-10-22 at 3.03.03 PM

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Silver, Black, dan Violet, vivo V40 Lite dijual pada harga RM1,299 untuk 12GB+256GB dan RM1,499 untuk varian 12GB+512GB.

WhatsApp Image 2024-10-22 at 3.04.55 PM

Prapesan sudah dibuka di mana pengguna akan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM955.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllrpa9

Lazada – https://invol.co/cllrpac

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Disney+ Dan Hulu Tak Lagi Benarkan Pendaftaran Melalui Apple 
  • HONOR 200 Smart, Siri 200 Mampu Milik Dengan Harga RM1,099
  • KPDN Serbu 14 Rangkaian Pengedar Aksesori Telefon Tiruan
  • POCO Dijangka Lancar Model Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY