Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v40

Siri vivo V40 Dilancarkan – Cip Dimensity 9200+, Kamera ZEISS

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

vivo secara rasmi kini melancarkan vivo V40 dan V40 Pro untuk pasaran India.

Mewarisi cip yang sama daripada V30, vivo V40 dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3. Sementara vivo V40 Pro dijana cip Dimensity 9200+, jauh lebih berkuasa daripada Dimensity 8200 yang dimuatkan pada pendahulunya sebelum ini.

vivo v40 Pro_1
vivo v40_1

Vivo V40 menawarkan tiga konfigurasi memori – 8+128GB, 12+256GB dan 12+512GB. Vivo V40 Pro juga hadir dalam tiga varian berbeza iaitu 8+256GB, 12+256GB dan 12+512GB.

Untuk paparan, kedua-duanya berkongsi spesifikasi yang sama – 6.78″ AMOLED FHD+, sokongan kadar segar semula 120Hz, maksimum kecerahan 4,500 nit serta mempunyai paparan berlubang yang menempatkan sensor 50MP swafoto.

vivo v40 Pro_2
kamera vivo V40 Pro
vivo v40_3
kamera vivo V40

Beralih ke bahagian belakang, V40 Pro dilengkapi kamera ZEISS dengan 50MP utama (Sony IMX921), kamera ultra lebar 50MP serta kamera potret telefoto 50MP (Sony IMX816) dengan 2x zum optikal dan 50x zum digital.

V40 pula didatangkan dengan kamera ZEISS 50MP utama dan 50MP ultra lebar. Kamera utama pada kedua-dua model mempunyai sokongan OIS dan Smart Aura Light.

Bagi menghidupkan peranti, V40 dan V40 Pro dibekalkan bateri 5,500 mAh dengan sokongan pengecasan 80W. Kedua-duanya menjalankan FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

vivo v40 Pro_3
V40 Pro
vivo v40_2
V40

Dua pilihan warna tersedia untuk V40 Pro iaitu Ganges Blue dan Titanium Grey. V40 turut menawarkan warna yang sama, tetapi dengan penambahan Lotus Purple.

Harga dan ketersediaan

V40 dan V40 Pro masing-masing dijual pada harga bermula ₹ 39,999 (~RM2,125) dan ₹ 54,999 (~RM2,922) untuk pasaran India.

Di Malaysia, ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) iQOO Z9 5G - Akhirnya vivo Dengar Keluhan Pengguna
  • Siri vivo X Fold3 Dilancar, Hadir Dengan Spesifikasi ‘Flagship’
  • Samsung, Apple Makin Tergugat, Xiaomi Dan vivo Catat Pertumbuhan Memberangsangkan Pada Suku Ke-2 2024
  • Siri vivo V40 Bakal Dilancar Di Malaysia 22 Ogos Ini

Sumber: GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY