Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Dan Hulu Tak Lagi Benarkan Pendaftaran Melalui Apple 

Disney+ Dan Hulu Tak Lagi Benarkan Pendaftaran Melalui Apple 

Diterbitkan Oktober 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Disney+ dan Hulu kini tidak lagi membenarkan pengguna mendaftar akaun baharu serta membuat pembayaran melalui aplikasi iOS. Menurut dokumen sokongan rasmi kedua-dua perkhidmatan penstriman tersebut, pelanggan baharu serta yang kembali perlu mendaftar melalui laman web dan bukan lagi melalui Apple.

Jika anda cuba log masuk ke akaun Disney Plus atau Hulu tanpa langganan aktif di aplikasi iOS, anda akan diberikan mesej seperti ini: “Aplikasi ini tidak menyokong pendaftaran dalam aplikasi. Selesaikan tetapan akaun di laman web.” Ini bermakna, pengguna perlu melawat laman web rasmi Disney Plus atau Hulu untuk membuat atau menguruskan akaun mereka.

Disney+ Dan Hulu Tak Lagi Benarkan Pendaftaran Melalui Apple 
Foto: reddit

Keputusan ini mungkin dibuat untuk mengelakkan Apple daripada mengambil potongan daripada hasil langganan baharu. Bagaimanapun, jika anda sudah melanggan perkhidmatan tersebut melalui Apple sebelum ini, pendebitan masih akan dilakukan melalui Apple seperti biasa.

Langkah ini mengikuti jejak beberapa syarikat lain yang turut memutuskan hubungan dengan Apple dalam aspek pendebitan. Terdahulu, Netflix telah pun menawarkan pembayaran sebegini. Ia diikuti Spotify dan kini giliran Disney Plus dan Hulu.

Fenomena ini mencerminkan bagaimana syarikat-syarikat teknologi semakin menjauh daripada akses pihak ketiga seperti Apple, dan memilih untuk mengekalkan kawalan penuh terhadap hasil langganan mereka.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • YouTube Siasat Isu Pengguna Premium Masih Lihat Paparan Iklan
  • Lebih Banyak Aplikasi Popular Kini Menyokong Penuh PC Yang Dikuasakan Siri Snapdragon X
  • Log Masuk Akaun Facebook Mungkin Perlu Imbasan Wajah, Pulih Akaun Terjejas Lebih Cepat
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY