Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 200 Smart White

HONOR 200 Smart, Siri 200 Mampu Milik Dengan Harga RM1,099

Diterbitkan Oktober 22, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR Malaysia kini memperkenalkan HONOR 200 Smart, telefon pintar 5G mampu milik dalam siri 200 yang menawarkan ciri fotografi AI yang dipertingkatkan.

Peranti ini menggunakan paparan 6.80 inci dengan resolusi 2412 x 1080 serta kadar segar semula 120Hz. Peranti ini juga dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2.

HONOR 200 Smart diperkuatkan dengan Pertahanan Ultra Tiga Lapisan, peranti ini dibina dengan alas berinovatif serta perlindungan skrin kaca waja (tempered glass). Peranti ini turut menerima penarafan SGS Premium Performance Certification untuk ketahanan jatuh dan hentaman.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai penarafan IP64, yang menawarkan perlindungan daripada debu dan percikan air, sesuai untuk kegunaan dalam pelbagai situasi.

Dari sudut fotografi, peranti ini dibekalkan kamera 50MP yang dilengkapi dengan AI Motion Sensing Capture di mana ciri tersebut hadir dalam peranti andalan HONOR.

Dibekalkan bateri sebesar 5,200mAh membolehkan peranti ini memberikan jangka hayat bateri agak lama, yang dikatakan mampu bertahan sehingga 19 jam penstriman atau 55 jam memainkan muzik. Dengan pengecasan HONOR SuperCharge 35W, peranti ini juga menyokong pengecasan pantas.

Dijual pada harga RM1,099, peranti ini hadir dengan RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan storan 256GB. Ditawarkan dalam warna Forest Green dan Moonlight White.

HONOR 200 Smart CelcomDigi
HONOR 200 Smart Hotlink
HONOR 200 Smart U Mobile
HONOR 200 Smart YES

Lebih menarik, pelanggan boleh mendapatkan HONOR 200 Smart secara percuma apabila melanggan pelan pascabayar daripada telco terpilih seperti CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, dan YES, sekali gus menjimatkan sehingga RM1,099.

Peranti ini turut tersedia dalam laman web rasmi HONOR, HONOR Experience Stores, serta kedai rasmi di Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

Beli HONOR 200 Smart di:

Shopee – https://invl.io/clltl14

Lazada – https://invol.co/clltl18

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • realme GT 7 Pro Bakal Hadir Ke Malaysia November Depan
  • YouTube Siasat Isu Pengguna Premium Masih Lihat Paparan Iklan
  • Lebih Banyak Aplikasi Popular Kini Menyokong Penuh PC Yang Dikuasakan Siri Snapdragon X
  • Log Masuk Akaun Facebook Mungkin Perlu Imbasan Wajah, Pulih Akaun Terjejas Lebih Cepat

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY