Seperti yang diketahui, siri V memfokuskan kepada kemampuan fotografi. Justeru penawaran kamera pada siri vivo V20 ini tidak kurang hebatnya.
Namun begitu, jika dilihat secara kasar, rekaan telefon pintar yang dilancarkan ini adalah hampir serupa dengan rupa paras siri vivo X50.
vivo V20 Pro
Dimulakan dengan V20 Pro, ia varian lebih premium yang dijana cip Snapdragon 765G. RAM pula adalah 8GB manakala storan dalaman 128GB.
Untuk paparan, ia berukuran 6.44 inci Full HD+ AMOLED. Padanya juga terdapat pengimbas cap jari bawah skrin serta takuk memuatkan dua lensa swafoto - 44MP utama dan 8MP sudut lebar.
Berpaling ke belakang, terdapat 3 lensa yang membariskan 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP monokrom. Lensa 8MP itu juga boleh digunakan untuk tangkapan makro sedekat 2cm.
Dengan fokus fotografi, ia menawarkan pelbagai fungsi mod tangkapan seperti Super Night Mode, Tripod Mode, Motion Autofocus, 3D Sound Tracking, Dual-View Video, Portrait Video, serta gerak perlahan 240fps swafoto.
Untuk bateri, ia berkapasiti 4,000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 33W. Telefon ini tidak mempunyai bicu audio 3.5mm namun di dalam kotak telah dibekalkan dengan penyesuai USB-C ke 3.5mm.
vivo V20 Pro dijual pada harga THB 14,999 (~RM1,979) di Thailand dalam 3 pilihan warna iaitu Sunset Melody, Midnight Jazz, dan Moonlight Sonata.
vivo V20
vivo tidak menyatakan secara lebih lanjut spesifikasi yang terdapat pada V20 namun hanya mengumumkan beberapa perkara utama seperti: Snapdragon 720G, 3 kamera belakang 64MP, swafoto 44MP dan juga sistem pengecasan 4,000mAh dan pengecasan pantas 33W yang sama.
Spesifikasi penuh vivo V20 termasuk harganya akan diberitahu selanjutnya pada masa akan datang. Buat masa ini, vivo Malaysia belum memberi penjelasan sama ada model ini akan dibawa masuk atau tidak.
Namun begitu, pihak vivo telah mengacah vivo V20 SE dari siri yang sama untuk dilancarkan di sini tidak lama lagi.
Sumber: vivo V20
Berkaitan
- realme 7 Dan 7 Pro Dilancarkan - Snapdragon 720G, Pembesar Suara Stereo, Pengecasan 65W, Dan Skrin AMOLED
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Panel 120Hz
- iPad Pro dan MacBook Pro Tahun 2020 Dijangka Guna Skrin Mini LED
- Pengguna vivo Malaysia Tak Sempat Merasa Origin OS, Tapi Sekarang Dah Ada Versi Baharu Pula
- Origin OS vivo Yang Baharu Dilaporkan Menawarkan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli
- OnePlus 7T Pro Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM3,399
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
- Reaksi Awal Huawei P50 Pro - Rupa Beza, DNA Sama
- Latensi Bluetooth Pada AirPods Pro Hampir 2 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding AirPods Pertama