realme 7 Dan 7 Pro Dilancarkan - Snapdragon 720G, Pembesar Suara Stereo, Pengecasan 65W, Dan Skrin AMOLED

realme 6 dan 6 Pro merupakan antara model telefon yang popular kerana hadir dengan spesifikasi berkuasa pada harga berpatutan.

Hari ini, realme hadir dengan realme 7 dan realme 7 Pro yang membawakan spesifikasi naik taraf lebih mengiurkan terutamanya untuk peminat realme.

realme 7 Pro


Merupakan model yang lebih menarik selaku abang sulung siri realme 7, telefon ini masih lagi menjalankan Snapdragon 720G seumpama realme 6 Pro.

Realme 7 Pro - Mirror Silver

Menariknnya telefon ini mempunyai dwi-pembesar suara stereo yang dihalakan pada bahagian hadapan dan juga bawah melalui piawaian Dolby Atmos.

Image

Antara naik taraf besar adalah skrinnya yang kini hadir dengan paparan AMOLED 60Hz berbanding LCD pada siri realme 6.

Ia adalah berukuran 6.4 inci, disertakan lubang kamera punch-hole swafoto 32MP dan juga pengimbas cap jari kini di sebalik paparan, bukannya di sisi seperti pada realme 6.

Kamera utamanya juga dikemaskini dengan sistem kuad kamera 64MP utama. Kali ini ia menggunakan generasi kedua Sony IMX682. Lensa lain adalah 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth.

Selain itu, realme turut membawakan teknologi pengecaasan pantas 65W yang terdapat pada model mercu lebih mahal kepada realme 7 Pro.

Dengan kapasiti bateri sebesar 4,500mAh, ia boleh mengecas bateri dari 0% ke 100% hanya dalam masa 34 minit.



Untuk harga jualan, realme 7 Pro dijual bermula Rs 19, 999 (~RM1,129) untuk varian 6GB/128GB dan Rs 16,999 (~RM1,242) untuk versi 8GB/12GB di India.

realme 7


Walaupun tidak semenarik realme 7 Pro yang mempunyai lebih banyak naik taraf, realme 7 turut mempunyai penawaran menarik yang terbaharu seperti kamera utama seperti realme 7 Pro, bateri lebih besar, dan juga cip terbaharu yang lebih berkuasa berbanding realme 6.

Realme 7 - Mist White

Skrinnya masih lagi LCD, namun masih mengekalkan kadar segar semula 90Hz untuk paparan 6.5 inci dengan resolusi Full HD+ sepertimana realme 6 sebelumnya.

Selain itu, pengimbas cap jarinya juga bukan di sebalik paparan seperti realme 7 Pro, tetapi diletakkan pada bahagian sisi telefon.

Ia dijana oleh cip MediaTek Helio G95 dan merupakan telefon pertama dijana oleh cip berkenaan. Berbanding realme 6 yang menggunakan Helio G90T, ia memberikan peningkatan dari segi GPU untuk grafik permainan yang lebih memuaskan.

Tetapan kamera belakang masih lagi sama seperti realme 7 Pro dengan kuad kamera 64MP utama IMX682, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth.

Pada bahagian hadapan, ia juga menggunakan swafoto 32MP.

Antara perbezaan lain adalah bateri realme 7 lebih besar dengan kapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantasnya hanya 30W sahaja.



Untuk harga jualan, realme 7 dijual bermula Rs 14, 999 (~RM847) untuk varian 6GB/64GB dan Rs 16,999 (~RM960) untuk versi 8GB/12GB di India.