Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (9)

Pengguna vivo Malaysia Tak Sempat Merasa Origin OS, Tapi Sekarang Dah Ada Versi Baharu Pula

Diterbitkan Disember 7, 2021 ยท Dikemas kini Disember 7, 2021 oleh Meor Hasyim

Seperti yang diketahui, vivo telah mula menggunakan antaramuka OriginOS menggantikan Funtouch OS. Ia membawakan rekaan baharu dengan optimasi visual yang lebih cantik.

Namun itu cerita di China. Di Malaysia, yang sedihnya telefon pintar vivo masih lagi menggunakan Funtouch OS.

Menambah kepedihan lagi, tidak lama lagi vivo China akan mengumumkan OriginOS versi baharu – OriginOS Ocean.

Sehubungan dengan itu, mereka telah mengeluarkan video promosi memperlihatkan apa yang terbaharu pada OriginOS Ocean tersebut seperti sistem desktop dinaiktaraf, rekaan antaramuka, dan muzik dengan vibe lebih segar.

https://www.youtube.com/watch?v=YMT_rFuUnFQ&t=29s

Antaramuka OriginOS Ocean ini juga lebih diperbaharui dari segi bahasa rekaan yang lebih ringkas, warna lebih terang, dan juga lebih menarik.

Menurut sumber, OriginOS Ocean ini akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Disember ini juga. Memang tak lama dah.

Berbalik kepada pengguna di Malaysia, sememangnya vivo ada perancangan untuk memperkenalkan Origin OS untuk pengguna tempatan. Namun, bila hari pengenalannya terus akan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Sumber: Sparrow News, Weibo

Baca lagi:

  • Pendapat Akhir vivo Y76 5G – Resepi Sama, Umpan Berbeza
  • Ini Senarai 10 Telefon Pintar Paling ‘Sedap’ Setakat Oktober 2021
  • vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Telefon 5G Baru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY