Vivo V19 Telah Menerima Pengesahan SIRIM

Siri V yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 merupakan siri yang memfokuskan kepada arena fotografi. Ia juga dikatakan akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada bulan ini.

vivo v19

Baru-baru ini, vivo V19 dikhabarkan telah menerima pengesahan SIRIM di bawah nama peranti vivo 1933. Pengesahan ini telah dibuat dari syarikat berdaftar iaitu Vivo Technologies Sdn Bhd. Ini bermakna telefon pintar siri V ini akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, vivo Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi peranti ini. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran vivo V19 nanti.