Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip

Samsung Malaysia Membuka Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dengan Harga RM 5,888 Pada Hari Ini Sahaja

Diterbitkan Mac 17, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Samsung hari ini mengumumkan telefon pintar boleh-lipat keluarannya iaitu Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,888. Peranti ini boleh didapati dengan harga tersebut hanya pada hari ini sahaja bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

samsung galaxy z flip

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya, boleh menempah di E Store Samsung. Pada tempahan yang ditawarkan ini, pelanggan yang mendapatkan peranti tersebut akan menerima seperti berikut :

  • Khidmat Talian Bantuan Premium 24/7
  • Pengambilan dan penghantaran secara percuma bagi sokongan perkhidmatan selama 12 bulan dari tarikh pembelian
  • Diberi keutamaan atau ekspress lane di Pusat Khimat
  • Perlindungan skrin dengan satu kali penggantian keretakan skrin dalaman dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian

galaxy z flip

Peranti yang diperkenalkan pada bulan lepas ini, dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan menggunakan lapisan Ultra Thin Glass yang mampu memberi ketahanan pada paparan. Skrin paparan tersebut bersaiz 6.7 inci Dynamic AMOLED dengan nisbah 22:9 dan resolusi 1080 x 2636.

Selain itu, terdapat juga paparan AMOLED kedua yang berukuran 1.1 inci yang diletakkan pada panel luar bagi fungsi notifikasi. Samsung Galaxy Z Flip dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storan yang berasaskan UFS 3.0. Bahagian bateri pula berkapasiti 3300mAh dengan pengecasan 15W.

 

 

Sumber : Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY