Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grabpay card malaysia

Grab Malaysia Dijangka Akan Memperkenalkan GrabPay Card Pada Tahun Ini

Diterbitkan Januari 17, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sejak akhir-akhir ini, Grab sedia memfokuskan kepada penawaran pembayaran tanpa tunai mereka iaitu GrabPay. Pada penghujung tahun lepas, Singapura telah memperkenalkan kad fizikal mereka tersendiri yang dipanggil GrabPay Card. Kemudian ia diikuti oleh negara Filipina yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Grab Malaysia juga dikatakan berminat untuk memperkenalkan GrabPay Card tanpa nombor pada pasaran tempatan.

GrabPay Card adalah sistem kad tanpa nombor pertama yang dilancarkan di Asia yang boleh menghalang potensi identiti dan kecurian kewangan. GrabPay Card diperkenalkan hasil kerjasama dengan pihak Mastercard. Selain itu, ia boleh didapati dalam dua versi iaitu fizikal dan digital. Ia juga diterima dalam rangkaian Mastercard di seluruh dunia yang terdiri lebih daripada 53 juta peniaga. Pengguna akan memperoleh mata tebusan dalam setiap transaksi.

Setakat ini, tiada sebarang tarikh dari pihak Grab Malaysia mengenai kad fizikal ini akan diperkenalkan di pasaran tempatan. Kemungkinan mereka akan perkenalkan dalam tahun ini juga sejajar dengan arena transaksi tanpa tunai yang difokuskan pada tahun ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY