Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo 3

vivo iQOO 3 Bakal Dilancarkan Dengan Snapdragon 865 Dan Sokongan Kamera Yang Canggih

Diterbitkan Februari 21, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Baru-baru ini, vivo mengumumkan untuk melancarkan telefon pintar generasi ketiganya di bawah sub-jenama iQOO. Siri iQOO yang dikenali sebagai peranti pemacu prestasi yang berkuasa ini akan memberi tumpuan kepada teknologi kamera yang canggih pada keluaran kali ini.

iQOO 3 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865 serta menyokong rangkaian 5G. Dengan menggunakan cip pemprosesan yang terbaru, prestasi peranti akan lebih kukuh dan tahan lama. Peranti ini akan dilancarkan pada 25  Februari ini di China dan India. Dibahagian informasi sistem, peranti tersebut menyenaraikan Android 10, memori RAM 12GB serta storan 256GB.

iqoo 3

Selain itu, dikhabarkan peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 48MP dengan sokongan lensa potret 50mm serta teknologi dipanggil sebagai AI eye-tracking. iQOO 3 akan menyokong pengecasan pantas 55W SuperFlash Charge, LPDDR5 RAM dan UFS3.1 penyimpanan serta menyokong 8K rakaman video. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai konsep dan spesifikasi penuh iQOO 3 ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY