Bakal mula dijual pada Februari ini, ia merupakan model pengganti kepada EOS-1D X Mark ll sebelum ini.
Berat bagi kamera EOS-1D X Mark lll ini adalah lebih kurang 1440g dan dikuasakan dengan pemproses imej DIGIC X. Ia juga dilengkapi dengan sensor CMOS 21.4 MP. Ia dikatakan mampu membuat rakaman yang lebih terperinci serta kualiti yang optimum.
Canon EOS-1D X Mark lll mempunyai nilai ISO dari 100 sehingga 102,400 (boleh menjangkai sehingga 819,200) membolehkan rakaman pada pelbagai keadaan pencahayaan sementara meminimumkan kadar hingar.
Spesifikasi Canon EOS-1D X Mark lll
- Ukuran : 158.0×167.6×82.6 mm
- Berat : 1440g
- Sensor imej : 21.4 MP CMOS
- Pemproses imej : DIGIC X
- Kelajuan ISO : 100-819,200
- Kelajuan rakaman berterusan : sehingga 16 fps (semasa penggambaran viewfinder, One-Shot AF dengan AI Servo AF), 20 fps (semasa penggambaran secara langsung, One-Shot AF dengan
Servo AF) - Maksimum kualiti video : 4K 59p
- WiFi dan Bluetooth
- LCD 3.15 inci
Harga kamera ini belum diumumkan lagi dan akan diberitahu sebaik sahaja ia dilancarkan Februari ini. Jika anda berminat dengan penjualan kamera ini, anda boleh layari laman rasmi Canon Malaysia untuk melihat spesifikasi dengan lebih lanjut sambil-sambil menunggu tarikh penjualannya nanti.
Berkaitan
- Samsung Mengesahkan Ciri 'Quick Share' Seperti AirDrop Dilancarkan Pada Siri Galaxy S20
- Vivo Malaysia Bakal Melancarkan Vivo V19 Di Pasaran Tempatan Pada Mac Ini
- Dapatkan Tawaran Hebat Dari Vivo Malaysia Bersama Urban Republic
- Beberapa Restoran Di Malaysia Terima 'Panda Champ Awards' Dari Foodpanda
- realme 5i VS Samsung Galaxy A20s : Pertembungan Kelas Permulaan
- Beli HONOR 9X Melalui Trade In & Save, Boleh Jimat Sehingga RM350
- Unboxing Vivo V17
- Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Buat Rakyat Malaysia
- Vivo Siri APEX 2020 Bakal Hadir Dengan Super FlashCharge 120W
- Huawei Mate Xs Ditawarkan Di Malaysia - Harga RM 11,111 Dijual Bermula 20 Mac 2020