Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo apex

Konsep Vivo APEX Generasi Seterusnya Akan Dilengkapi Bateri 7000mAh Dan Storan 712GB

Diterbitkan Mac 6, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sekitar seminggu yang lepas, vivo telah pun memperkenalkan siri APEX generasi ketiga iaitu APEX 2020. Ura-ura juga mengatakan, berkemungkinan fungsi yang terdapat pada APEX 2020 akan dihadirkan pada vivo NEX 3S 5G.

Kini, pendedahan melibatkan konsep model APEX generasi seterusnya pula muncul diperkatakan. Ura-ura menyatakan ia bakal tampil dengan kamera utama 248MP dan storan simpanan sehingga 712GB. Kamera utama tersebut didatangkan dengan lensa periskop dan dilengkapi bersama 5 kamera utama.

Lensa kamera hadapan terangkat menyokong sehingga 4200W piksel di mana ia juga menyokong beauty camera dan fungsi yang lain.

vivo apex

Reka bentuk pada skrin yang ditunjukkan sangat menarik, akan tetapi saiz paparan tidak ditunjukkan. Nisbah skrin juga berkemungkinan agak tinggi disebabkan konsep kamera hadir dengan mekanisme terangkat.

Peranti ini akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 875 dengan memori 16GB LPDDR 5 dan mempunyai ruang penyimpanan yang sangat besar iaitu 712GB.

Peranti ini juga hadir dengan bateri berkapasiti tinggi iaitu 7000mAh. Selain itu, ia juga menyokong teknologi pengecasan pantas dan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Peranti ini dijangka bakal dilancarkan pada tahun hadapan atau tahun berikutnya.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY