Seperti yang disebut-sebut sebelum ini, Vivo V17 Pro didatangkan dengan tetapan 6 kamera yang terdiri daripada 4 kamera rakaman belakang dan dua lagi disebelah hadapan. Kamera bagi tujuan selfie menggunakan mekanisme terangkat yang membolehkan skrin 6.44 inci SuperAMOLED Ultra FulView menyampaikan paparan tanpa gangguan disebabkan takuk.
Panel kamera terangkat itu menempatkan dwi lensa kamera utama 32MP (f/2.0), lensa super lebar 8MP (f/2.2), earpiece dan ciri LED Flash untuk menambahbaik rakaman selfie anda pada situasi kurang pencahayaan.
Bagi rakaman belakang pula, Vivo mempertaruhkan gabungan lensa 48MP, 8MP sudut super lebar, 2MP bokeh dan 2MP super makro. Antara penambahbaikan yang diberikan pada konfigurasi ini adalah ciri Pose Master yang meningkatkan lagi mutu gambar bersesuaian dengan keadaan serta ciri Super Night Mode bagi rakaman gambar.
Menjana peranti dari dalam adalah cip pemprosesan Snapdragon 675 AIE yang bekerja bersama padanan memori RAM 8GB serta 128GB ruang simpanan. Ia turut dilengkapkan dengan Game Mode yang menjanjikan pengalaman permainan terbaik kepada pengguna disamping teknologi pecutan Multi Turbo.
https://www.youtube.com/watch?v=QWt2Voc3cEM
Vivo V17 Pro dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4100mAh bersama-sama pengecasan Dual-Engin Fast Charging 18W. Peranti ini akan dipasarkan pada harga RM1699 dengan dua warna pilihan iaitu Crystal White dan Knight Black serta penawaran sudah bermula hari ini.
Berkaitan
- Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
- Foto Ini Dikatakan Diambil Menggunakan Kamera Huawei P30 Pro
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Kini Sudah Rasmi
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- vivo Y30 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899
- Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome
- ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
- Vivo Y93 Sudah Mula Dijual Dipasaran Pada Harga RM599
- Vivo S1 Kini Rasmi - Paparan Super AMOLED Dengan Bateri 4500mAh
- Ini Adalah Video Promo Galaxy S9 Dan S9+