Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-30 at 3.05.06 PM

Vivo V15 Dengan Kamera Periskop Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 20 Februari Ini

Diterbitkan Januari 30, 2019 oleh Haikel Areff

Vivo telah menjadi antara yang terawal menggunakan tetapan kamera swafoto tersorok semasa memperkenalkan Vivo NEX pada tahun lepas.

Rekaan kamera periskop yang sama dijangka akan hadir dalam sebuah lagi peranti mereka, Vivo V15(Vivo V15 Pro di India) yang dijadual akan dilancarkan pada 20 Februari depan.

Ia berikutan satu imej poster yang ditularkan di internet baru-baru ini. Rekaan kamera itu juga dipaparkan dalam poster tersebut bersama frasa “There’s A New Pop-Star In Town”.

gsmarena_002 (1)
MySmartPrice

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon itu termasuklah tetapan kameranya.

Bagaimanapun, ia dilaporkan akan hadir dengan skrin OLED 6.4-inci, bateri berkapasiti 3,500mAh serta cip kelas pertengahan Snapdragon 660/710.

Baca juga: Vivo V15 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera Selfie Pop-Up Dan Tiga Kamera Belakang

Screenshot 2019-01-28 at 1.34.02 PM

Sebelum ini, muncul satu imej yang dikatakan sebagai sarung pelindung bagi peranti di mana ia memberi gambaran penggunaan tri-kamera utama pada model ini.

Menariknya, Samsung juga dijadual akan mengadakan acara “Unpacked” bagi model Galaxy S10 mereka pada tarikh yang sama.

Galaxy S10 dikatakan akan diperkenalkan dalam satu majlis di San Francisco manakala Vivo V15 pula didakwa akan dilancarkan di India.

 

Sumber: India Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY