Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Mengapa vivo X50 Pro Merupakan Peranti Terbaik Untuk Rakaman Video Malam

vivo Umum Sensor Kamera RGBW Baharu, Akan Diperkenal Pada Telefon Pintar Tahun Hadapan

Diterbitkan September 8, 2020 ยท Dikemas kini September 8, 2020 oleh Amalina Athman

vivo kini mengumumkan sensor kamera RGBW (red, green, blue, white). Menurut vivo, ia merupakan sensor pertama dengan sensor RGBW dan penapis CFA (Color Filter Array).

sensor RGBW

Sensor ini dikatakan boleh meningkatkan kecekapan sensitiviti cahaya sehingga 160% lebih tinggi berbanding sensor biasa. Ia juga adalah 60% lebih tinggi dari sensor RYYB yang digunakan pada peranti seperti Huawei P40 Pro.

vivo Umum Sensor Kamera RGBW Baharu, Akan Diperkenal Pada Telefon Pintar Tahun Hadapan

Peranti yang menggunakan teknologi sensor RGBW ini dikatakan dalam proses pembangunan dan dijangka akan memasuki pasaran pada tahun hadapan. vivo turut menyatakan sensor ini secara diam-diam telah dibangunkan sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, vivo bukan lah yang pertama menggunakan sensor RGBW. Huawei pernah menggunakannya pada P8 dari tahun 2015 untuk mengurangkan hingar dalam cahaya rendah dan meningkatkan kecerahan dalam situasi kontras yang tinggi. Namun, ia mempunyai beberapa masalah seperti latar belakang yang terlalu terang dan sebagainya.

Bagaimanapun, sensor baharu dari vivo ini mungkin akan menghasilkan lebih banyak peningkatan dengan teknologi yang semakin berkembang.

Sumber: PR Newswire via Sparrownews

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
©2026 WISER.MY