Vivo Umum Senarai Peranti Yang Bakal Terima Kemaskini Android Oreo 8.0

Vivo akhirnya mendedahkan senarai telefon pintar yang akan menerima kemaskini Android Oreo 8.0.

Pengumuman tersebut dibuat pada perkongsian di forum, dan syarikat dari China itu menyatakan 7 buah model akan dinaik taraf kepada Android Oreo 8.0 menerusi Funtouch OS.



  1. Vivo X20

  2. Vivo X20 Plus

  3. Vivo X9s

  4. Vivo Xplay6

  5. Vivo X9

  6. Vivo X9 Plus

  7. Vivo X9s Plus


Senarai memperlihatkan model flagship dan tidak pula kelihatan model pertengahan. Dikhabarkan penawaran Funtouch OS untuk Vivo X20 akan dibuat pada pertengahan bulan April tetapi model-model lain belum dinyatakan tarikhnya.

Sumber: IT Home