Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_20190916_204422 (1)

Vivo TWS Earphone, Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Ciri Menarik

Diterbitkan September 17, 2019 ยท Dikemas kini September 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Acara pelancaran siri Vivo NEX 3 hari ini turut diserikan lagi dengan pengumuman peranti baharu berupa fon telinga tanpa wayar, True Wireless Stereo (TWS Earphone).

Hadir dengan reka bentuk seakan-akan Apple Airpods, fon telinga ini hanya sebesar lebih kurang 4.4g dan ia hadir dengan sokongan apt X serta teknologi audio AAC berdefinisi tinggi.

Fon telinga tanpa wayar pertama daripada Vivo ini menggunapakai Qualcomm QCC5126, cip yang dibangunkan khusus bagi perqnti seumpanya. Ia mempunyai seni bina pemproses empat teras serta sub-sistem aplikasi pemproses 32-bit dwi-teras. Peranti ini juga menawarkan sokongan Bluetooth 5.0 dan sambungan dwi mod Bluetooth berkuasa rendah.

Vivo TWS Earphone, Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Ciri Menarik

Bagi kawalan fungsi, ia menyediakan isyarat sentuhan serta mempunyai arahan suara untuk mengaktifkan Jovi bagi ciri yang lebih mendalam lagi seperti terjemah dalam masa nyata.

Vivo TWS Earphone, Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Ciri Menarik

Dari segi ketahanan kuasa pula, sekali pengecasan mampu berikan lebih kurang 4 jam masa pemggimaam namun bantuan boleh diberikan melalui kotak simpanan dengan sokongan kuasa menghampiri satu hari.

Vivo TWS Earphone, Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Ciri Menarik

Aka mula dijual di China pada 28 September ini, Vivo TWS Earphone diletakkan pada tanda harga 999 yuan atau lenih kurang ~RM590 mengikut tukaran matawang asing semasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY