Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah Takuk

Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah Takuk

Diterbitkan Ogos 24, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 24, 2018 oleh Haikel Areff

Syarikat gergasi China, BBK Electronics merupakan syarikat induk yang memiliki tiga pengeluar peranti terkenal Oppo, OnePlus dan Vivo. Maka tidak hairanlah jika kita menemui beberapa ciri atau fungsi yang sama, baik dari segi luaran mahupun dalaman pada peranti-peranti di bawah tiga jenama ini.

Screen Shot 2018-08-24 at 4.38.38 PMKredit : Yugatech

Perkara itu dijangka akan berlaku sekali lagi, di mana Vivo V11 dipercayai akan menggunakan rekaan takuk kecil seakan rekaan titisan air yang digunapakai pada peranti Oppo F9 dan R17 Pro. Ia dilihat sebagai langkah penyelesaian bagi masalah takuk lebih besar dan lebar yang kurang digemari oleh pengguna telefon pintar hari ini.

Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah TakukKredit : GSMArena

Sebelum ini, Oppo Find X dan Vivo NEX turut mengambil pendekatan yang hampir sama bagi menyelesaikan masalah takuk. Kedua-dua peranti menggunakan teknologi kamera boleh gerak yang membolehkan kamera utama peranti disimpan di bahagian atas model dan dikeluarkan apabila mahu menggunakannya.

Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah TakukImej tertiris V11 (Kredit : Revu Philippines)

Walaupun Vivo masih belum mengesahkan spesifikasi rasmi peranti ini, berikut adalah beberapa informasi tertiris tidak rasmi yang kami kumpul daripada sumber atas talian berkenaan Vivo V11 :

  • skrin paparan 6.4-inci FHD+ AMOLED
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • Dwi-kamera utama dengan fungsi AI
  • Bateri 3,400 mAh

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/2066076157056281/

Kredit : Vivo Malaysia

Vivo V11 dijadualkan pelancarannya bagi pasaran India pada 6 September ini. Manakala Vivo Malaysia pula dilihat telah mengeluarkan satu video acah mengenai ketibaan peranti ini ke K.Lumpur melalui akaun rasmi Facebook mereka. Mungkin kita akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah Takuk

Dalam pada itu, terdapat juga laporan menyatakan bahawa Vivo akan turut melancarkan peranti V11 Pro bersama-sama model ini kelak. Ia berikutan satu imej poster yang tular di internet, namun kesahihan mengenainya masih lagi menjadi tanda tanya. Teruskan bersama kami untuk perkembangan lanjut di masa akan datang.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY