Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo Sedang Bangunkan Jam Pintar, Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan

Posted on Jun 16, 2020

OPPO, realme, dan Xiaomi masing-masing telah hadir dengan penawaran jam pintar. Kini, vivo juga mahu menurut langkah sama dengan produk yang sama.

Dari segi maklumat, tidak banyak yang sudah diketahui malahan namanya juga belum lagi dapat disahkan. Beberapa minggu lalu rekaan jam pintar tersebut telah diperlihatkan melalui paten yang difailkan. Terbaru, paten jam tersebut ditambah dengan sokongan main balik audio dan juga pengecasan 5W.

Lain-lain spesifikasi masih lagi belum didedahkan. Terdapat laporan mengatakan jam pintar dari vivo ini bakal dilancarkan pada bulan hadapan. Akan tetapi, seperti kebiasaan, jika bukan datang dari mulut vivo sendiri, anggaplah ia sekadar khabar angin sahaja.

Beil peranti vivo di –
Lazada: https://invol.co/clp50g
Shopee: https://invol.co/clp50i

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress