Secara keseluruhannya ia masih menawarkan pengalaman fotografi seumpama X50, namun rekaannya sedikit berbeza. Pada bahagian hadapan, ia dilengkapi takuk kecil 44MP utama dan 8MP sudut lebar.
Skrinnya bersaiz 6.44 inci AMOLED dengan Full HD+ namun hanya menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja bukannya 90Hz seperti X50.

Dengan cip Snapdragon 765G, ia menyokong rangkaian 5G dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman pilihan antara 128GB/256GB. Tiada sokongan microSD yang ditawarkan.
Rekaan modul kamera adalah menggabung 3 lensa dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar merangkap kamera makro, dan 2MP untuk depth.
Bateri berkapasiti 4,000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Antara ciri lain adalah NFC, Bluetooth 5.1 serta ketiadaan bicu 3.5mm.
Untuk harga jualan, vivo menjual S7 dengan harga permulaan CNY 2,800 iaitu sekitar RM1,691 di China.
Sumber: vivo China
Berkaitan
- vivo: Harga Peranti 5G Dijangka Menurun Menjelang Akhir Tahun Ini
- Kamera vivo Y76 5G Dengan 50MP, Cantik Tetapi Bersyarat
- 5 Tips Dan Teknik Ambil Gambar Malam Cantik Menggunakan vivo V19
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- Origin OS vivo Yang Baharu Dilaporkan Menawarkan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli
- Dapatkan Diskaun Membeli Peranti Vivo Dan Menangi Hadiah Menarik
- vivo Hadir Dengan Y70S - Peranti 5G Dijana Oleh Cip Samsung Exynos 880
- vivo Umum V20 SE Dengan Warna Aquamarine - Harga Masih Sama RM1,199
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700