Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo S17e

vivo S17e Didedahkan, Mungkin Hadir Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan Mei 24, 2023 oleh Firdaus

vivo telah mendedahkan peranti baharu, vivo S17e di laman sesawang vivo China. Mengikut laporan, peranti ini mungkin akan dilancarkan pada 31 Mei, hujung bulan ini.

vivo v27 5g malaysia
vivo v27
vivo S17e
vivo S17e

Dari segi rekaan, vivo S17e ini mempunyai binaan panel belakang dan modul kamera yang hampir sama dengan vivo V27.

Mengikut sumber, peranti ini dikuasakan cip Dimensity 7200, mempunyai skrin AMOLED 6.78″ beresolusi 1080p dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, ia dilengkapi sensor kamera utama 64MP, 2MP auxiliary shooter dan 16MP swafoto. S17e dilengkapi bateri 4,600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Disebabkan ia bakal dilancarkan untuk pasaran China, peranti ini menggunakan OriginOS 3 berasaskan Android 13, sokong Wi-Fi 6 dan 5G.

vivo menawarkan 3 pilihan warna – emas, biru dan hitam bagi peranti vivo S17e ini dengan teknologi penyalutan 3 lapisan.

vivo S17e
vivo S17e
vivo S17e

Peranti ini hadir dalam 3 konfigurasi seperti di bawah:

  • 8/128 GB – CNY2,099 (~RM1369.04)
  • 8/256 GB – CNY2,299 (~RM1499.49)
  • 12/256 GB – CNY2,499 (~RM1629.94)

Untuk pengetahuan anda, model e dalam siri vivo S sangat jarang sekali dilancarkan untuk pasaran luar China. Oleh itu, kita boleh menjangkakan kehadiran S17 dan S17 Pro untuk pasaran global nanti.

Berkaitan

  • Infinix Note 30 Pro Berharga RM899, Infinix Note 30 Pula RM699 - Helio G99, Audio JBL
  • iQOO Neo8 Pro Dilancar Dengan Cip Dimensity 9200+
  • iQOO Pad, Tablet Sulung iQOO Dirasmikan Di China Sekitar RM1950
  • realme 11 Pro Dengan 200MP OIS Sah Akan Dijual Di Malaysia
  • Backbone One Edisi PlayStation Kini Hadir Untuk Telefon Android

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY