Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iqoo pad china

iQOO Pad, Tablet Sulung iQOO Dirasmikan Di China Sekitar RM1950

Diterbitkan Mei 24, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

iQOO dalam acara berlangsung semalam di China turut memperkenal tablet sulung mereka iaitu iQOO Pad. Semacam vivo Pad2, namun dalamannya sedikit berbeza.

iqoo pad 3.png

Hal ini kerana ia menggunakan cip Dimensity 9000+ daripada MediaTek. Kapasiti RAM-nya terdapat 2 pilihan iaitu 8GB atau 12GB manakala storan ROM UFS 3.1 punya dari 128GB hingga 512GB.

iqoo pad 4.png copy

Baterinya pula sebesar 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Menariknya, peranti ini turut hadir dengan stylus iQOO Pencil.

Bagi paparan, ia hadir dengan IPS LCD berukuran 12.1 inci bersama resolusi 1800 x 2800 serta berkadar segar 144Hz.

iqoo pad 2

Turut diletakkan di hadapan ialah kamera swafoto 8MP. Kamera belakang pula ialah 13MP dan 2MP makro.

Dari segi tubuh pula, ketebalannya hanya 6.59mm.

Tablet ini menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

iqoo pad 1

Di China, harga permulaannya ialah CNY2,299 iaitu sekitar RM1947. Apakah ia akan dijual di Malaysia? Kita masih tidak dapat apa-apa pengesahan setakat ini.

Berkaitan

  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023
  • iQOO Neo8 Pro Dilancar Dengan Cip Dimensity 9200+

Selain itu, putik audio juga dilancarkan — iQOO TWS Air Pro.

Ia hadir dengan pemacu bersaiz 14.2mm, ciri ANC, Bluetooth 5.3 dan penggunaan dikatakan sehingga 30 jam bersama bekasnya.

Sumber: iQOO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY