Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO Neo8 Pro

iQOO Neo8 Pro Dilancar Dengan Cip Dimensity 9200+

Diterbitkan Mei 23, 2023 · Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Amalina Athman

iQOO kini melancarkan sejumlah peranti dalam acara yang berlangsung di China. Antaranya termasuk siri iQOO Neo8, yang didatangkan dengan dua varian iaitu iQOO Neo8 dan Neo8 Pro.

Berkaitan

  • MediaTek Lancar Dimensity 9200+, Kelajuan CPU Dipertingkat

iQOO Neo8 Pro

iQOO Neo8 Pro_4

Menyentuh spesifikasi, iQOO Neo8 Pro dilengkapi paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260×2800 dan 144Hz kadar segar semula.

iQOO Neo8 Pro dikuasakan cip Dimensity 9200+ yang baru sahaja diumumkan pada awal bulan ini. Ia didatangkan bersama gandingan sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan 512GB storan yang berasaskan UFS 4.0.

Beralih ke bahagian kamera, ia dilengkapi 50MP utama dengan sensor Sony IMX866+OIS dan 8MP ultra-lebar.

iQOO Neo8 Pro_3

Bagi menghidupkan peranti, iQOO Neo8 Pro diisi 5,000mAh bateri dengan pengecasan pantas 120W. Antara lainnya, ia didatangkan dengan sokongan Wi-Fi 7 serta menjalankan OriginOS 3 yang berasaskan Android 13.

iQOO Neo8

iQOO Neo 8_1

Dari segi paparan, ianya sama sahaja seperti yang ditawarkan pada varian Pro. Namun terdapat beberapa perbezaan dari segi penggunaan cip dan sebagainya.

iQOO Neo8 dimuatkan janaan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan 512GB storan UFS 3.1.

Di bahagian panel belakang, peranti ini mempunyai dua tetapan lensa dengan 50MP utama sensor Samsung GN5+OIS dan 2MP depth.

Sama seperti iQOO Neo8 Pro, ia turut dilengkapi 5,000mAh bateri dengan pengecasan 120W.

Harga

iQOO Neo8 Pro_2

iQOO Neo8 dijual pada harga bermula 2,299 yuan (~RM1,490) untuk 12/256GB dan sehingga 2,899 yuan (~RM1,879) untuk varian 16/512GB.

Sementara itu, iQOO Neo8 Pro ditawarkan pada harga bermula 3,099 yuan (~RM2,008) untuk 16/256GB dan sehingga 3,399 yuan (~RM2,203) untuk 16/512GB. Kedua-duanya hadir dalam pilihan warna merah, hijau dan hitam.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY