Infinix Note 30 Pro Berharga RM899, Infinix Note 30 Pula RM699 - Helio G99, Audio JBL

Infinix Malaysia secara rasmi membawa masuk Infinix Note 30. Dua model didagangkan di sini ialah versi Pro dan standard.

Semalam, 3 model diumumkan Infinix global namun nampaknya model paling berkuasa iaitu Infinix Note 30 5G tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

harga infinix note 30 malaysia Kapsyen: Hot 30 Pro di sebelah kiri, Hot 30 di sebelah kanan.


Tapi tak mengapa, kita teliti spesifikasi ditawarkan 2 model yang ada di sini.

Sebelum itu, anda harus tahu bahawa kedua-dua telefon hadir dengan audio stereo yang ditala oleh JBL, mempunyai NFC dan menyokong penambahan RAM maya sehingga 8GB.

Selain itu, bicu audio 3.5 mm turut tersedia. Akan tetapi, kedua-duanya tidak menyokong rangkaian 5G.

Infinix Note 30 Pro


harga infinix note 30 malaysia

  • MediaTek Helio G99

  • 8/128GB, 8/256GB

  • 6.67" AMOLED 120Hz, FHD+

  • 108MP, 2MP, 2MP

  • 32MP swafoto

  • 5000mAh, 68W berwayar, 15W wayarles

  • Android 13, XOS 13


Antara ciri paparan lain termasuklah kadar input sentuhnya pula setinggi 360Hz.

harga infinix note 30 malaysia

Menariknya, ia turut sokong pengecasan tanpa wayar songsang (reverse wireless charging).

Ia mampu dicas dengan 80% kapasiti bateri hanya dalam 30 minit, kata Infinix.

harga infinix note 30 malaysia

Teknologi PWM Dimming juga digunakan pada telefon ini dengan ketinggian sehingga 1920Hz.

Versi Pro ini juga dilengkapkan dengan sistem penyejukan vapor chamber yang mengandungi 10 lapisan dengan keluaran sehingga 2000 milimeter persegi.

Warna tersedia ialah Magic Black dan Variable Gold.

Beli Infinix Note 30 Pro


Ia mula dijual esok, 25 Mei 2023.

{suggest}

Infinix Note 30


harga infinix note 30 malaysia

  • MediaTek Helio G99

  • 8/128GB, 8/256GB

  • 6.78" LCD IPS 120Hz, FHD+

  • 64MP, 2MP, AI (tidak didedahkan berapa MP)

  • 16MP swafoto

  • 5000mAh, 45W berwayar

  • Android 13, XOS 13


Menariknya, telefon ini menyokong pengecasan songsang berwayar dan mempunyai perlindungan IP53 (mengikut rantau).

Kadar input sentuhnya pula hanya setinggi 240Hz selain cuma menggunakan IPS LCD dan kamera 64MP.

harga infinix note 30 malaysia

Dalam pada itu, ia juga mempunyai talam khas untuk kad memori. Penambahan RAM maya pula boleh dilakukan dengan maksimum 8GB, menjadikan keseluruhannya 16GB RAM.

Seperti anda lihat dalam gambar, ia sedikit lebih panjang daripada versi Pro. Namun, kedua-duanya mempunyai kualiti binaan yang hampir sama - terasa agak kukuh dan sedikit berat.

Tiga warna terjual ialah Obsidian Black, Interstellar Blue dan Sunset Gold.

Beli Infinix Note 30


Ia mula dijual esok, 25 Mei 2023.