Vivo S1 Pro Dilancarkan, Akan Dijual Pada Harga RM1199

Vivo Malaysia tampil memperkenalkan siri S pertama mereka iaitu Vivo S1 sekitar Julai yang lalu. Kini sebuah lagi penambahan dalam siri sama diketengahkan dengan nama Vivo S1 Pro. Membawa nama "Pro", ia diberikan sedikit perubahan tidak terhad pada reka bentuk malah pada komponen dalamannya juga.

Bakal dijual pada harga RM1199, peranti ini tampil dengan skrin paparan Super AMOLED 6.38 inci Full HD+ beserta takuk, memuatkan lensa 32MP. Tetapan kamera belakang pula menampilkan kuad kamera terdiri daripada lensa 48MP (f/1,8), 8MP (f/2.2),2MP (f/2.4) dan 2MP (f/2.4).

 



Berbeza dari siri pertama yang menggunakan MediaTek Helio P65, versi Pro bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 665. Cip tersebut akan digandingkan bersama konfigurasi memori RAM 8GB dan storan 128GB ditambah dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256GB.

Kapasiti bateri dan pengecasan pantas masih sama iaitu 4500mAh dengan Dual Engine Fast Charging 18W.

Vivo S1 Pro

Vivo S1 Pro disediakan dengan dua pilihan warna iaitu Fancy Sky dan Knight Black.

Pra-tempah Vivo S1 Pro dimulakan pada hari ini, 3 Disember 2019 sementara jualan secara rasmi pula akan dibuat pada 7 Disember 2019.