Vivo S1 Kini Rasmi - Paparan Super AMOLED Dengan Bateri 4500mAh

Beberapa hari yang lalu, Vivo Malaysia telah mengumumkan bermulanya pembelian secara pra-tempah bagi perati siri S pertama untuk pasaran tempatan.



Diletakkan pada nilai RM1099, pra-tempah Vivo S1 memerlukan pembeli membayar pendahuluan sebanyak RM50 dan menikmati rebat RM100 melalui belian dari mana-mana Vivo Concept Store. Pra-tempah ini telah dibuka dari 20 Julai 2019 dan akan berakhir pada 26 Julai 2019.



Secara rasminya, Vivo S1 membawakan spesifikasi seperti skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci, cip MediaTek Helio P65, RAM 6GB, storan dalaman 128GB serta mempunyai sensor imbasan cap jari pada paparan.



Bahagian kamera pula menawarkan tiga lensa bagi rakaman belakang iaitu 16MP+8MP=2MP dengan sokongan AI sementara takuk kecil dihadapan ditempatkan lensa swafoto 32MP.



Vivo S1 akan dijana dengan bateri berkapasiti 4500mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging 18W. Ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

https://www.youtube.com/watch?v=LQF-gnsIuZg

Jualan peranti akan bermula pada 27 Julai 2019 dan bagi yang berminat boleh dapatkannya daripada Vivo Concept Store serta pengedar sah seluruh negara.