
Harga peranti ini sediakan diumumkan beberapa hari lalu dimana penawaran tempatan diletakkan pada nilai harga RM3899. Pembelian secara pra-tempah juga sudah dimulakan sejak 15 Oktober dan bakal tamat pada esok, 18 Oktober 2019.

Untuk makluman, Vivo NEX 3 merupakan peranti terawal diperkenalkan dengan skrin "air terjun" dikenali sebagai Waterfall FullView dari jenis POLED berukuran 6.89 inci.
Ciri Touch Sense ditempatkan pada bahagian sisi dimana ia menggantikan butang fizikal bagi fungsi kuasa serta pelaras kelantangan bunyi. Melaluinya, tindak balas haptic diberikan seolah-olah pengguna menggunakan butang fizikal sebenar.

Bahagian dalaman peranti pula diisi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, padanan RAM 8GB serta ruang simpanan 256GB berasaskan UFS 3.0. Janaan kuasa peranti pula diperoleh dari bateri berkapasiti 4500mAh bersama-sama pengecasan pantas FlashCharge 22.5W dengan teknologi penjimatan kuasa C-DRX.
Turut sama melengkapkan sistem dalaman adalah sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling yang membolehkan peranti pada suhu terbaik walaupun ketika penggunaan berat.
https://www.youtube.com/watch?v=38FTRgEd9vE
Tidak cukup dengan itu, Vivo NEX 3 diberikan dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8), 13MP (f/2.2) lensa sudut lebar serta lensa telefoto 13MP (f/2.5). Tugas rakaman hadapan pula diberikan kepada lensa 16MP (f/2.09). Boleh lihat Sampel Foto Hasil Rakaman Daripada Tiga Kamera Vivo NEX 3 5G.
Vivo NEX 3 akan menjalankan sistem antaramuka Funtouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 . Ditawarkan dengan warna Glowing Night, jualan Vivo NEX 3 akan bermula hari ini.
Berkaitan
- Usaha Malaysia Tingkatkan Sektor Telekomunikasi Diiktiraf Bank Dunia
- Bukan Lagi 3 Bulan, Tempoh Pinjam Laptop Secara Percuma Dari Perpustakaan Selangor Dilanjutkan
- Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia
- Mencari Papan Induk Mampu Milik? ASRock Malaysia Membawakan 3 Versi Papan Induk Dengan Harga Yang Berpatutan
- Peluang Menangi Kereta Atau Vivo V15 Blossom Pink
- Realme XT Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM1399
- OPPO A74 Masuk Malaysia Lagi Sekali, Harga Lebih Murah, Cas Lagi Laju
- Gambar Throwback Disangka Langgar Perintah Berkurung, Pasangan Ini Disaman $3000
- DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan
- Gambaran Lebih Jelas Reka Bentuk Vivo V15 Pro