Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo nex 3

Vivo Nex 3 Mungkin Dilengkapi SuperFlash Charge 120W

Diterbitkan Ogos 28, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Khabar yang diperdengarkan sebelum ini menyatakan Vivo Nex 3 bakal didatangkan dengan skrin paparan melengkung ke sisi dipanggil sebagai waterfall screen. Ciri itu nampaknya masih belum cukup dimana ura-ura terbaru, ia bakal diperkuatkan lagi dengan pengecasan pantas 120W.

Vivo Nex 3 Mungkin Dilengkapi SuperFlash Charge 120W

Umum telah mengetahui Vivo pada Jun yang lepas telah mempertontonkan teknologi pengecasan pantas SuperFlash Charge 120W, dimana ia berupaya mengisi penuh bateri 4000mAh dalam tempoh hanya 13 minit sahaja.

Vivo Nex 3 Mungkin Dilengkapi SuperFlash Charge 120W

Namun begitu, berdasarkan sebuah lagi imej yang dikutip daripada Weibo, Vivo Nex 3 akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan 44W. Bahagian kamera pula menggunapakai lensa 64MP, sokongan rangkaian 5G serta dikuasakan dengan cip pemprosesan 855 Plus. Pelancaran Vivo Nex 3 dijangkan berlangsung pada bulan hadapan.

Sumber: PocketNow

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY