Vivo NEX 3 5G Diperkenalkan Dengan Paparan "Waterfall Screen FullView"

Vivo menerusi sebuah acara yang berlangsung di Shanghai hari ini dengan rasminya mengumumkan ketibaan ahli baru dalam keluarga Vivo NEX yang menampilkan ciri unik pada panel skrin paparan.



Bakal dipasarkan dengan nama Vivo NEX 3 5G, ia tampil menawan dilengkapi dengan paparan 6.89 inci POLED Waterfall FullView.



Melalui paparan terbaru ini, nisbah skrin-ke-badan yang diberikan adalah 99.6%, tertinggi pada telefon pintar buat masa ini.

Tiada rekaan takuk yang boleh mencacatkan paparan dimana kamera rakaman hadapan menggunakan mekanisme terangkat untuk menyembunyikan lensa 16MP.

Tiga kamera belakang pula terdiri daripada 64MP lensa utama, 13MP lensa sudut lebar 120 darjah dan 13MP lensa telefoto. Melalui konfigurasi kamera tersebut, ia memberikan rakaman pada sudut lebih luas serta keupayaan menangkap gambar secara jarak dekat disamping butiran yang terperinci.



Mod Super Night 2.0 pula meningkatkan lagi kejelasan subjek disamping mengekalkan perincian walaupun dalam keadaan kurang cahaya.



Bukan sahaja mempertaruhkan sistem kamera, Vivo NEX 3 juga dimuatkan dengan komponen-komponen berkuasa lain yang bakal menjadikannya sebagai salah satu model flagship tumpuan ramai.

Antara yang melengkapkan Vivo NEX 3 adalah cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, RAM antara 8GB dan 12GB beserta ruang dalaman sebesar 256GB berasaskan storan UFS 3.0.

Menariknya juga, tiada butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi fizikal pada sisi peranti dimana ia disembunyikan, memberi visual rekaan unibody kepada Vivo NEX 3. Melalui ciri Touch Sense ia memberikan maklum balas haptik yang sama seperti butang fizikal.



Dari segi isyarat sambungan WiFi, Vivo NEX 3 5G dilengkapi teknologi pecutan dwi-WLAN yang membolehkan peranti menggunakan dua isyarat WiFi bagi akses lebih pantas lagi.

Bahagian penjanaan kuasa pula ditugaskan kepada bateri berkapasiti 4500mAh yang dicas melalui pengecasan pantas Super Flash Charge 44W (USB C).

Tidak cukup dengan itu, sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling System juga disediakan bagi memastikan suhu yang stabil ketika peranti dioperasikan.

Sedia mempunyai pembantu maya Jovi, fungsinya kini dipertingkatkan lagi dimana melalui ciri Phone Assistant, ia dapat membantu pemilik menjawab panggilan dan perbualan tersebut dipaparkan dalam bentuk teks.

Dalam acara ini, Vivo menyatakan, Vivo NEX 3 5G bakal menjadi salah satu telefon pintar dengan keupayaan 5G yang akan dihasilkan secara besar-besaran dan tersedia dipasaran selepas ini.

Harga Vivo NEX 3:

  • Versi 5G RAM 8GB/256GB - 5698 yuan (~RM3366)



  • Versi 5G RAM 12GB/256GB - 6198 yuan (~RM3661)

  • Versi 4G RAM 8GB/128GB - 4998 yuan (~RM2953)
    Kedua-duanya akan mula dijual di China pada dan bagi pasaran Malaysia, tiada maklumat yang didedahkan namun kami menjangkakan ia bakal dibawa masuk tidak lama lagi.