Vivo Melonjak Naik Ke Tangga Ke-5 Sebagai Pengeluar Paling Banyak Permintaan

Sebuah organisasi penyelidikan The International Data Corporation(IDC) telah menyenaraikan pengeluar telefon pintar yang paling giat dan aktif dengan penghantaran peranti mereka ke serata dunia.



Cecara keseluruhannya, kita dapat lihat penghantaran telefon pintar ke seluruh dunia pada sehingga suku kedua tahun ini menurun dari 332.7 juta ke 310.8 juta unit.

Vivo terutamanya dilihat menjadi pengeluar yang masih mengekalkan permintaan peranti mereka pada suku pertama tahun ini, dengan penghantaran sebanyak 23.3 juta unit berbanding tahun lepas iaitu pada 18.7 juta unit, peningkatan sebanyak 24%.

Syarikat gergasi Apple pula malangnya memperlihatkan penurunan penghantaran peranti mereka (36.4 juta unit) berbanding tahun lepas (52.2 juta unit) dengan kemerosotan -30.2%.

Sumber: International Data Corporation

 

 

 

 

 

Berkaitan