Canon Malaysia Perkenal Kamera Mirrorless Canon EOS M200

Canon Malaysia telah memperkenalkan penambahan ahli terbaru mereka, iaitu Canon EOS M200. Kamera kompak ini sangat sesuai kepada mereka yang ingin menambah baik kualiti fotografi daripada telefon pintar ke imej dan video yang lebih berkualiti tinggi. Kamera yang sangat ideal untuk berswafoto.

"Canon EOS M200 direka untuk pengguna bagi menghasilkan kenangan terindah yang berhubung terus dengan penonton mereka, di mana pengguna boleh berkongsi pengalaman itu dengan mudah serta-merta secara berterusan", kata Albert Mah, Ketua Pengimejan Produk Pengguna (ICP) Canon Malaysia.



Imej dan video yang menonjol

Kamera ini hadir dengan 24.1 MP saiz APS-C sensor CMOS. Teknologi Dual Piksel CMOS AF telah dipertingkatkan dan bilangan zon AF yang tersedia untuk pemilihan automatik telah pun berkembang kepada maksimum 143 mata, dengan kira-kira 88% liputan melintang dan kira-kira 100% perlindungan menegak.

Secara tidak langsung, Canon EOS M200 dapat mencapai AF kelajuan tinggi dengan penembusan paparan langsung secara pantas. Sebagai sebuah kamera lensa yang boleh ditukar ganti, pengguna mempunyai fleksibiliti untuk memilih kanta EF-M yang berbeza untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk makro, potret, sudut lebar atau telefoto.



Pengesan mata AF juga disokong dalam mod servo AF dan filem AF, yang secara automatik boleh memfokus pada mata wajah seseorang selepas pengesanan awal. Walaupun sedang merakam sesuatu subjek yang sentiasa bergerak, pengguna boleh menangkap gambar dengan baik sekali kerana mata subjek sentiasa fokus.

Keupayaan ISO telah dipertingkatkan dan mampu mencapai kelajuan ISO maksimum yang diperkembangkan kepada ISO 51200. EOS M200 juga boleh merakam video 4K dengan 24p dan 25p secara lancar.

Ciri-ciri menarik

Direka dengan bentuk badan yang langsing dan ringan, berat badan kamera ini kira-kira 299g, mudah  untuk dimuatkan ke dalam beg. Hadir dengan dua warna pilihan, iaitu hitam dan putih.

Di samping itu, pelbagai filter yang tersedia di dalam kamera membolehkan pengguna menambah kesan pada foto mereka. Skrin LCD kamera yang condong 180 darjah dengan mod self-potrait.



Dilengkapi dengan mod merakam secara senyap, pengguna Canon EOS M200 dapat mengambil dan merakam imej dalam sesi pembentangan, atau di muzium seni misalnya tanpa risau dengan adanya bunyi pengatup. Filem juga boleh dirakam dengan mudah dengan butang rekod yang dipaparkan pada LCD.

Terdapat juga aksesori seperti tripod yang juga boleh digunakan untuk rakaman yang lebih stabil.

Sambungan terus ke telefon pintar anda

Selain Wi-Fi, Canon EOS M200 menyokong sambungan Bluetooth ke peranti anda seperti telefon pintar atau tablet. Selepas memasangkan padanan dan memilih fungsi dalam aplikasi, kamera akan secara automatik dihubungkan dengan kaedah sambungan yang sesuai.



Pengguna boleh memindahkan imej melalui dua cara;

  1. Menggunakan kaedah konvensional dengan memindahkan beberapa imej yang telah dipilih sahaja.

  2. Menghantar imej ke telefon pintar anda pada masa yang sama semasa rakaman dijalankan.


EOS M200 boleh didapatkan di semua pengedar sah Canon bermula 10 Oktober 2019. Harga kamera ini akan diumumkan kemudian.