Keselamatan Data Menjadi Kebimbangan Utama Orang Awam Di Malaysia, Mewujudkan Halangan Kepada Pengguna Dalam Memupuk Perkhidmatan Berasaskan Identiti Digital - Indeks Keselamatan Unisys(Tm)



KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Okt (Bernama) --Rakyat Malaysia sangat selesa menggunakan identiti digital untuk berurusan dengan kerajaan tetapi tidak begitu ketika mengakses perkhidmatan kewangan perbankan terbuka daripada pelbagai penyedia atau memberi kuasa pembayaran dari peranti mudah alih, dengan menyatakan kebimbangan keselamatan data sebagai halangan utama.

Rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap isu-isu keselamatan data -- seperti kecurian identiti, penipuan kad kredit dan virus atau penggodaman internet – berbanding dengan ancaman fizikal seperti bencana alam dan perang atau keganasan, dan ini menghalang pengguna daripada menggunakan sepenuhnya perkhidmatan kewangan berasaskan identiti digital yang baharu – demikian menurut Indeks Keselamatan Unisys 2018(TM). [http://www.unisyssecurityindex.com.my/].

Satu-satunya gambaran berulang mengenai kebimbangan keselamatan yang dijalankan secara global, iaitu Indeks Keselamatan Unisys 2018 mengenai kebimbangan keselamatan bagi rakyat Malaysia adalah 215 daripada 300, di mana 300 melambangkan tahap kebimbangan yang paling tinggi. Ini tidak berubah dari tahun 2017 dan ia merupakan tahap kebimbangan ketiga paling tinggi dari 13 buah negara yang ditinjau, di belakang Filipina dan Colombia. Golongan wanita lebih prihatin berbanding lelaki, golongan muda yang berumur antara 18 dan 24 tahun adalah lebih prihatin berbanding dengan mereka yang berusia lebih 55 tahun, dan mereka yang berpendapatan rendah lebih prihatin berbanding dengan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi.

Pada dekad sejak tinjauan itu pertama kali dijalankan di Malaysia, keamatan dan perasaan berhubung kebimbangan keselamatan telah berkembang. Tahap kebimbangan secara menyeluruh telah terus meningkat daripada 160 pada tahun 2008, yang didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat mengenai isu-isu keselamatan data, dengan virus dan penggodaman secara serius melibatkan 80 peratus rakyat Malaysia pada tahun 2018 - hampir dua kali ganda bilangannya pada tahun 2008 (43 peratus).

"Indeks Keselamatan Unisys yang tinggi untuk Malaysia mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat berhubung isu-isu keselamatan data yang mungkin memberi kesan langsung kepada pengguna - dari penipuan kad kredit dan kecurian identiti kepada virus dan penggodaman," kata Ian Selbie, pengarah penyelesaian Perkhidmatan Kewangan, Unisys Asia Pasifik."

Tiga kebimbangan keselamatan yang utama bagi rakyat Malaysia pada tahun 2018:

- Kecurian Identiti: 86 peratus daripada rakyat Malaysia amat atau sangat bimbang mengenai akses tanpa kebenaran kepada, atau penyalahgunaan, maklumat peribadi.

- Penipuan Kad Bank: 86 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai kebimbangan yang sama terhadap orang lain memperolehi atau menggunakan butiran kad kredit/debit mereka

- Virus Internet/Penggodaman: 80 peratus daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai isu ini.

Walau bagaimanapun, kebimbangan keselamatan berbeza-beza mengikut lokasi dengan sebahagian besar mereka yang  tinggal di Semenanjung amat bimbang mengenai isu-isu keselamatan data: penipuan kad kredit, virus/penggodaman dan kecurian identiti; sedangkan mereka yang tinggal di Malaysia Timur masih lagi mengambil berat tentang ancaman fizikal seperti bencana alam dan perang atau keganasan.

Kebimbangan Keselamatan Data Menghalang Penggunaan Identiti Digital:

Kajian tahun ini juga meneliti tahap keselesaan rakyat Malaysia dalam menggunakan pelbagai bentuk identiti digital untuk mengesahkan identiti seseorang untuk mengakses perkhidmatan dalam talian dan di luar talian. Sebahagian besar rakyat Malaysia selesa menggunakan beberapa bentuk identiti digital untuk berinteraksi dengan organisasi kerajaan, tetapi sokongan jatuh secara dramatik kerana menggunakan identiti digital untuk berinteraksi dengan penyedia komersial dan kewangan.

Sebagai contoh, 64 peratus rakyat Malaysia selesa menggunakan satu ID tunggal pengguna dan pengesahan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan, tetapi hanya 48 peratus sahaja yang selesa menggunakan pendekatan yang sama untuk mengakses perkhidmatan kewangan daripada pelbagai pembekal – satu penawaran yang akan menjadi lebih biasa apabila perbankan terbuka dilancarkan di seluruh Asia. Hanya 36 peratus berasa selesa menyimpan kata laluan, maklumat pembayaran dan kunci elektronik ke dalam sebuah telefon atau peranti boleh pakai untuk memberi kuasa kepada urus niaga tanpa sentuh. Kebimbangan mengenai keselamatan data disebut sebagai punca utama di atas perasaan tidak menyelesakan itu dengan semua jenis identiti digital dipertimbangkan di dalam kaji selidik itu.

Peratusan Rakyat Malaysia Yang Selesa Menggunakan Identiti Digital Jenis Ini

Menggunakan biometrik seperti imbasan wajah atau cap jari untuk mengesahkan identiti apabila menaiki sesebuah pesawat atau melalui keselamatan lapangan terbang - 79%

Penguatkuasaan undang-undang dan agensi kawalan sempadan bertukar-tukar data biometrik untuk mengenal pasti bakal penjenayah - 66%

Sebuah rekod kesihatan elektronik terpusat yang boleh dilihat dengan selamat secara dalam talian, oleh pembekal penjagaan kesihatan yang diberi kuasa - 65%

Menggunakan satu ID tunggal pengguna dan pengesahan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian kerajaan - 64%

Lapangan terbang, syarikat penerbangan, keselamatan sempadan dan hotel berkongsi maklumat penumpang untuk membawa bagasi terus ke hotel penumpang - 55%

Menggunakan satu ID tunggal pengguna dan pengesahan untuk mengakses perkhidmatan daripada penyedia perkhidmatan kewangan yang berbeza (sebagai contoh, perbankan, insurans, kredit) - 48%

Menggunakan akaun Facebook untuk mendaftar masuk ke aplikasi - 42%

Menyimpan kata laluan, maklumat pembayaran dan kunci elektronik ke telefon atau peranti boleh pakai untuk melewati sensor bagi membenarkan sesuatu urus niaga   36%

"Rakyat Malaysia bersikap lebih terbuka untuk menggunakan identiti digital bagi berurusan dengan organisasi kerajaan berbanding dengan entiti perbankan atau komersial. Ini menunjukkan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan Malaysia perlu mendapatkan kepercayaan dan membina keyakinan pengguna terhadap jenis perkhidmatan kewangan bersepadu yang baharu itu yang akan tersedia dalam persekitaran perbankan terbuka akan datang. Rakyat Malaysia lazimnya cenderung secara digital, oleh itu pembekal yang menunjukkan bahawa kebimbangan keselamatan data ini telah ditangani boleh menggunakan keselamatan sebagai satu pembeza kompetitif," kata Encik Selbie.

Untuk keputusan dan maklumat tambahan mengenai Indeks Keselamatan Unisys 2018 dan bagi memuat turun laporan mengenai hasil tinjauan Malaysia itu, sila layari ww.unisyssecurityindex.com.my.


SUMBER: Unisys Corporation

--BERNAMA