Vivo Malaysia Turut Sama Menyertai Pameran "Hutan Kita" Dalam Menyokong Usaha Pemuliharaan Khazanah Hutan Di Malaysia

Usaha bersama antara Vivo Malaysia dan Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli dalam menyokong menjaga hutan hujan di Malaysia.


Vivo Malaysia mengumumkan kolaborasi bersama Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli dalam penyertaan pameran "Hutan Kita" yang bermula dari 24 Ogos hingga 22 September 2019.

Kolaborasi ini adalah sebagai salah satu usaha dari pihak Vivo Malaysia dalam menyokong pemuliharaan khazanah hutan hujan yang terdapat di seluruh Malaysia.

Pameran "Hutan Kita" telah dirasmikan secara rasminya oleh Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar di Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

Pameran ini bertujuan bagi memperlihatkan kekayaan dan mendedahkan usaha-usaha yang dilakukan bagi memulihara khazanah hutan di Malaysia.



Para pengunjung amat dialu-alukan menghadiri pameran ini yang boleh dimasuki secara percuma dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Malah sambil itu juga, pengunjung yang hadir boleh menyertai pertandingan swafoto di pameran tersebut sekaligus membolehkan anda memenangi tiket menonton filem percuma yang disediakan.

Info lanjut berkenaan dengan pertandingan itu boleh di dapati di laman Facebook Vivo Malaysia.

Berkaitan