vivo Malaysia telah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan kerjasama Miss Tourism International (MTI). Sesi Pengalaman Fotografi siri vivo X200 mencipta sejarah dengan “Bilangan Negara Terbanyak dalam Sesi Fotografi Telefoto”, menampilkan lebih 40 peserta pertandingan kecantikan dari pelbagai negara.
Upacara tersebut disaksikan oleh Tan Sri Datuk Danny Ooi, Presiden MTI, dan Christopher Wong, CEO Malaysia Book of Records, dengan penyerahan sijil kepada Raymond Teoh, Pengurus Jenama vivo Malaysia.
Bertempat di vivo Concept Store eksklusif di Sunway Pyramid, acara ini menggabungkan kecanggihan teknologi dan kemewahan. Tempat ini direka dengan elemen inspirasi titanium X200 Pro, lengkap dengan sambutan karpet merah, zon interaktif, dan sesi fotografi eksklusif.
Peserta dapat merasai pengalaman unik keupayaan lensa telefoto ZEISS APO 200MP, teknologi canggih yang mentakrifkan semula standard fotografi mudah alih.
Menurut vivo, peranti in digelar sebagai “Ultimate Concert Phone”, siri vivo X200 dilengkapi dengan lensa telefoto ZEISS APO 200MP, cip MediaTek Dimensity 9400, dan bateri 6,000mAh BlueVolt.
Dengan slogan “Go Far Beyond Ultra”, siri ini menawarkan keupayaan telefoto yang luar biasa, membolehkan pengguna menangkap perincian luar biasa dari jarak jauh.
Semasa acara, vivo Malaysia turut meraikan kejayaan prestasi jualan siri X200. Pengguna yang membeli siri ini berpeluang menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,648.
- Waranti Lanjutan 180 Hari
- Waranti Perlindungan Skrin 180 Hari
- vivo X200: Fon telinga pembatalan bunyi rasmi TWS 3e
- vivo X200 Pro: Pengecas Flash Tanpa Wayar Menegak vivo 50W 2
Nikmati juga diskaun sehingga 30% untuk vivo Smartwatch 3 dan fon telinga vivo TWS di pengedar rasmi vivo dan platform e-dagang.
{suggest}
Sumber: Siaran media vivo