Vivo Malaysia Akan Perkenalkan Vivo V19 Pada 23 April Ini

Diperkenalkan secara global pada 6 April yang lalu, Vivo V19 kini bakal muncul rasmi dipasaran Malaysia beberapa hari sahaja lagi. Vivo Malaysia telah menjadualkan 23 April 2020 yakni hari Khamis sebagai hari pelancaran model tersebut.

Acara pelancaran tersebut dilakukan secara dalam talian dan akan ke udara sekitar jam 6 petang di laman Facebook rasmi Vivo Malaysia.



Bagi memeriahkan lagi penstriman secara langsung itu, semua yang menonton layak untuk menyertai pertandingan "Watch and Win" dimana penontong bertuah bakal memenangi Vivo V19.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Vivo V19 akan dilengkapi dengan Snapdragon 712, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan Flash Charge 2.0 33W.

Rakaman hadapan dikendalikan oleh dwi lensa iaitu 32MP dan 8MP. Sementara itu bahagian belakang pula disediakan dengan kuad kamera terdiri daripada 48MP, 8MP super lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh.

Terdapat dua pilihan warna untuk Vivo V19 iaitu Sleek Silver dan Gleam Black. Harga jualan peranti ini belum didedahkan lagi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan upacara pelancaran 23 April ini.