Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Origin OS global

vivo Kini Rasmi Melancarkan OriginOS – Hadir Dengan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli

Diterbitkan November 18, 2020 · Dikemas kini November 19, 2020 oleh Amalina Athman

vivo kini secara rasmi telah melancarkan antaramuka baharu, OriginOS bagi menggantikan antaramuka Funtouch OS.

OriginOS

Antara ciri menarik pada antaramuka baharu ini adalah pilihan untuk beralih ke antaramuka Android asli secara bebas serta lebih mudah.

OriginOS

Mengambil inspirasi dari Klotski, ia dimuatkan dengan sistem grid baharu, di mana pengguna secara fleksibel dan bebas boleh menghasilkan pelbagai gabungan susun atur widget.

OriginOS

Komponen pada Library juga disusun dengan lebih minimalis dan mudah untuk diakses. Sebagai tambahan, menyeret ikon dari Library dan meletakkannya di antaramuka aplikasi dapat menghasilkan tetingkap kecil bagi memenuhi senario pelbagai tugas dengan cepat.

OriginOS
vivo Kini Rasmi Melancarkan OriginOS – Hadir Dengan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli

OriginOS turut menyokong gestur navigasi baharu yang memudahkan pengguna untuk menggabungkan 26 navigasi.

vivo Kini Rasmi Melancarkan OriginOS – Hadir Dengan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli
008bZ8H2gy1gkte0gwetcg30u00hbk5u (1)

Antara lainnya yang dimuatkan pada OriginOS adalah aplikasi cuaca yang baharu, wallpaper yang boleh diubah mengikut waktu, animasi ikon dan sebagainya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian @TechnoAnkit1 di Twitter, ia turut memperlihatkan antaramuka OriginOS dengan lebih jelas.

pic.twitter.com/WV20I43yRD

— Ankit (@TechnoAnkit1) November 18, 2020

Buat masa ini, belum diketahui bila OriginOS akan mula ditawarkan dan peranti vivo mana yang akan menerima antaramuka baharu ini. vivo dijangka akan mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai OriginOS pada persidangan vivo Developer Conference yang akan berlangsung esok.

Sumber: OriginOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY