Antara permainan yang pernah dihasilkan ialah POKÉMON Detective Pikachu. Bagi mengimbau kembali kenangan bermain permainan tersebut, Warner Bros telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan satu filem khas bagi permainan video berkenaan.
Malah, mereka telah pun memuat-naik video trailer pertama bagi filem POKÉMON Detective Pikachu di laman YouTube mereka baru-baru ini.
https://youtu.be/1roy4o4tqQM
Kredit: Warber Bros YouTube
Filem ini mengisahkan usaha Tim Goodman(Justice Smith) untuk mencari bapanya, Harry Goodman(Paul Kitson). Pengembaraaan mereka dihiasi dengan wajah-wajah dan perlakuan comel Pikachu yang bertindak sebagai detektif yang membantu Tim.
Selain Pikachu sebagai watak utama, video berdurasi 2 minit 21 saat itu turut menampilkan watak-watak lain dari animasi popular berkenaan. Antaranya ialah Phyduck, Charmander dan Bulbasaur.
Menariknya, pelakon terkenal dari filem Deadpool, Ryan Reynolds akan menjadi pelakon suara bagi watak kegemaran ramain tersebut. POKÉMON Detective Pikachu akan ditayangkan pada 1o Mei tahun depan.
Sumber: Polygon
Berkaitan
- Twitter Merancang Untuk Membawakan Video Live 24 Jam Sehari
- Huawei Sengaja Mengusik Samsung Dalam Video Teaser Mate 10
- Thailand Bercadang Mengharamkan Beberapa Tempat Digunakan Dalam Pokemon GO
- LG V30 Bakal Memfokuskan Kepada Rakaman Video dan Audio
- Permainan Video Power Rangers Akan Hadir Ke Semua Konsol Utama April Ini
- Kereta Tesla Kini Mempelajari Pemanduan Auto-Pilot Melalui Rakaman Video
- Xiaomi Mi Mix 3 Muncul Dalam Satu Video Acah Menjelang Tarikh Pelancarannya 25 Oktober Ini
- (Video) Huawei Membayangkan Siri Mate 20 Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
- GoPro Umum Kerjasama Dengan Huawei Untuk Aplikasi Suntingan Video
- Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G