(Video) OPPO Reno 10X Zoom Edition Boleh Capai 60X Zoom

Reno merupakan siri terbaru dari OPPO dalam penawaran dalam pasaran telefon pintar. Pertama kali dilancarkan pada 10 April, ia didatangkan dengan dua versi dan salahs satunya adalah OPPO Reno 10x Zoom Edition.

Ciri zoom pada peranti ini sudah beberapa kali diperlihatkan dan berdasarkan video yang dimuat naik pada laman Weibo, ia melebihi 50x zoom pada kamera Huawei P30 Pro.



Video dimuat naik oleh Timbalan Presiden OPPO, Shen Yiren Brian, menunjukkan kemampuan OPPO Reno 10x Zoom Edition mampu menjangkau 60x zoom.

Pasaran China akan menerima peranti ini terlebih dahulu dan untuk pembeli Malaysia, ia sah akan hadir yang mana berkemungkinan sekitar Jun depan.

Spesifikasi OPPO Reno 10x Zoom Edition

  • Skrin paparan AMOLED 6.6 inci

  • Snapdragon 855

  • RAM 8GB/256GB, RAM 6GB/256GB, RAM 6GB/128GB

  • Tiga kamera belakang 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2)

  • Kamera hadapan 16MP

  • ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9

  • Bateri 4065mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0









Harga Pasaran China OPPO Reno 10x Zoom Edition

  • RAM 8GB/256GB – 4799 yuan (~RM 2935)*

  • RAM 6GB/256GB – 4499 yuan (~RM 2751)*

  • RAM 6GB/128GB – 3999 yuan (~RM 2446)*